Friday, 14 November 2014

Mood : Rindu berblog

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak aktif blog ni.. mood nk menulis blog dah datang balik.. Create blog dulu hanya ada IZZ DANIAL HARITH.. sekarang dah bertambah izz sorang lagi.. IZZ DANISH IRFAN.. Tunggu la bila nak dapat gegirl plak.. at least boleh sambung mama dia berblog pasal kek ni..

Sekarang sibuk uruskan anak2 sambil kerja ofis fulltime... memang dah rindu nak buat kek betul2 mcm dulu tp masa tak mengizinkan.. google je gbr2 kek fondant yg cantik teringin sangat nak buat..

Al kisah masa berpantang kat kampung hari tu, sebelum balik shah alam mtk tolong husband kemaskan rumah.. Bila orang lelaki mengemas, habis semua barang2 kek di buangnya.. huhu sedih.. sekarang ni pun slow2 beli balik barang2 tu semua..

Lagi pun sekarang ni buat bisnes kecil-kecilan, bisnes online jual KAIN PASANG gn HANDBAG..
So sesape yang memang tengah mencari kain pasang cotton, kain sulam, kain biasa-biasa boleh la hubungi saya ye.. Handbag tu pun jual jgk, tp tak amik untung banyak pun.. just jual main2.. seronok berbisnes ni..

ok la stop dulu ye kali ni.. Nak cari info pasal kek nak update kat blog ni la.. so senang nak refer nanti..

babai..

NOOZLE

DECO

Tips dan penggunaan nozel dari Wilton

Round Decorating tips

Open Star Decorating Tips


Close Star Decorating Tips

Multi Opening Decorating Tips

Basketweave Decorating Tips

Leaf Decorating Tips

Ruffle Decorating Tips

Drop Flower Decorating Tips

Petal Decorating Tips


Left Handed Petal Tip Set



Left Handed Drop Flower Tip Set


Couplers


Using Couplers


Step 1
Tanggalkan ring daripada Coupler
Masukkan dalam piping bag hingga hujung
Tandakan bahagian yang hendak digunting
Step 2
Keluarkan coupler
Guntingkan bahagian yang telah ditandakan
Step 3
Masukkan semua coupler
Tolak coupler hingga ke hujung piping bag
Step 4
Masukkan nozel
Kemudian pasangkan atau skrukan semula ring pada coupler




Cara-cara mengisi krim dalam piping bag




Step 1
Pegang piping bag dengan tangan kiri
Kelepetkan bahagian mulutnya ke bawah dengan tangan kanan

Step 2
Dengan menggunakan spatula, masukkan cream ke dalam piping bag
Step 3
Keluarkan spatula dari bag dengan tangan kiri memegang spatula supaya krim masuk semuanya dan spatula keluar dari piping bag dengan keadaan bersih

    Step 4
    Tutup kemas piping bag dengan memulas hujungnya






Cara-cara memegang piping bag


 90 darjah : Kedudukan tegak
Biasanya digunakan untuk membuat corak bintang, bunga leper dan ros



45 darjah : Sendeng 
Menyendeng sedikit dengan 2 jari memegang hujung untuk control piping bag.
Biasanya digunakan untuk menulis, membuat border, kudup bunga atau lain-lain 

Kaedah memotong kek kepada kepingan

Beberapa kaedah untuk anda memotong kek kepada kepingan

  • Menggunakan alat khas untuk memotong
  • Menggunakan benang, tandakan dahulu dengan lidi
  • Menandakan bahagian yang hendak dipotong dengan lidi dan kemudian memotong dengan pisau
  • Menandakan atau memotong dahulu sekeliling bahagian kek ( anggaran 1 inc) yang hendak dipotong, kemudian potong perlahan-lahan mengikut tanda potongan yang telah di buat
Kaedah meletakkan krim dan melempa kek




Kaedah meletakkan garnache


  • Letakkan kek yang telah di salut krim atas redai. 
  • Pastikan kek yang bersalut krim itu telah di sejukkan sehingga krimnya mengeras terlebih dahulu.
  • Alas redai dengan loyang yang lebih besar supaya lebihan garnache akan jatuh ke dalamnya.
  • Tuangkan garnache atas kek, di tengah dahulu dan kemudian di tepi hingga ia mengalir dan menutupi keseluruhan kek
  • Hentak-hentakkan redai supaya garnache rata 

Kaedah mengalihkan kek dari redai ke atas lapik kek 


Sediakan 2 kek spade, satu yang besar tapaknya yang biasa digunakan untuk mengangkat slice cake dan satu lagi yang  digunakan untuk meratakan cream pada kek
 

Letakkan lapik kek berhampiran dengan loyang kek yang di letak kek berganache tadi
 

Masukkan atau selitkan ke dua-dua kek spade tadi di bawah kek, yang ni bergantung pada keselesaan yang mana spade nak diletakkan sebelah kanan atau kiri
 

Bila dah kukuh kedudukannya angkat kek perlahan-lahan dan rendah sahaja dan terus letakkan atas lapik kek



Angkat cake spade yang kecil dan dengan perlahan tarik keluar cake spade yang besar dari bawah kek


Letakkan rapat kek atas lapik kek dengan kemas, kemudian dengan perlahan tarik keluar kek spade yang kecil 

Kaedah memotong kek cara ita


Untuk mendapatkan potongan kek yang cantik, terutamanya untuk kek krim, berganache, berkeju atau mousse cake.Ita menggunakan 2 pisau di atas, anda tidak semestinya membeli pisau yang sama brand cukup sekadar sama dari segi bentuknya. Biasanya pisau bentuk bergini ada dijual di kedai jual bahan kek atau di pasaraya.

Ita lebih suka gunakan pisau yang halus sebelah kiri . Kerana permukaannya yang kurang geseran buatkan kek lebih cantik bila di potong.
Pisau harus tajam dan nipis.

Dalam gambar ini ita hanya menggunakan kek biasa. Tapi kaedah ini adalah untuk memotong kek yang ita senaraikan di atas.

  
1. Mula-mula kita panaskan pisau atas api. ( dalam gambar ita gunakan lilin, tapi sebaiknya anda panaskan atas dapur) jangan terlalu panas sampai merah pula pisau tu.. cukup sekadar menghangatkan mata pisau.


2. Letak pisau atas kek


3. Tekan pisau ke bawah


4. Jangan di sorong tarik pisau , tekan terus sampai bawah.

5. Bila dah capai dasar lapik kek baru tarik terus pisau keluar.

Pastikan anda mengelap mata pisau dengan tuala basah atau kitchen towel setiap kali hendak memotong potongan yang ke dua dan seterusnya.
Ini mengelakkan kek anda comot.

Dan setiap kali hendak memotong kepingan yang lain, mata pisau hendaklah di panaskan lagi, bergitulah seterusnya