Tuesday, 21 March 2017

Melting Cheese Cake

Assalamualaikum wbt..

Melting Cheese Cake.... 
Indah namanya.. indah lagi rupanya.. hihi.. dan paling nikmat bila dimakan, tanpa sedar sudah pun habis satu bekas.


Haa korang pun mesti terliur kan.. so tak payah susah2 order je.. confirm tak nyesal (bagi penggemar cheese).

MELTING CHEESE CAKE
Details :
Base oreo
Tengah2 baked cheese cake
Atas buah-buahan segar + fruit filing

Harga : RM15 sahaja.

Sesiapa berminat nk order boleh contact Finie 0129497683 boleh je delivery area Shah Alam.

Thursday, 26 January 2017

Bread Maker Tesco BM1333

Assalamualaikum..

Entry kali ni kita citer pasal bread maker.
Haa almaklum la kita baru beli bread maker. Punya la excited sebab baru join kelas PJJ Donut gebu.
Cari yang mampu milik je sbb beli pun hujung2 bulan dah (excited punya pasal tak sempat tunggu gaji). Ok jom tengok bread maker kita..


Ok ni gambar gugel je tau.. macam ni la kita punya..

Ok jom tengok percubaan pertama guna bread maker ni.. Memang puas hati sangat bila dapat buat roti sendiri.. Resepi ni google je pun kt FB.


Nak resepi ke?? Ok boleh aje resepi ni sbb dpt pun free je kan..

CREAM CHEESE BREAD
bahan-bahan
160g air
250g tepung roti
50g cream cheese
10g susu tepung
15g gula
3g (1 sudu kecil) garam
20g butter (sy guna marjerin je)
2.5g (3/4 sudu kecil) dry yis

*additional roti tu nmpk kuning kan sbb saya tambah butterscotch chip, konon nk tiru roti gardenia tu tp masuk awal2 lg dh hancur la dlm adunan..

cara-cara
1. masukkan semua bahan2 ikut susunan dalam bread maker
2. ON kan breadmaker. Tunggu siap.
3. Dah siap tu potong la ikut anda suka.

2 hari pun masih lembut roti tu.. hihi




Wednesday, 16 November 2016

Ice cream Yogurt like Sundae yummy

Assalamualaikum..

Alkisah throwback minggu lepas di satu hari yang rajin.. hihi.. korang paham ke ayat berbelit tu..
tak pe lah.. just nk share new item kita.. ice cream yogurt.. rasa ala2 sundae McD gitew..

Moh ler kita tengok gambar..


Haa cantik tak??
Terliur tak?
Rasa?? of coz la gigit bibir... Ni testing je.. sbb tu isi tak penuh..
Ada juga decide nak jual.. Berapa RM uoll rasa camni..
RM5 ok tak tp full la isi tu pastu letak fresh fruits.

Apa lagi... wsapp cepat orang2 shah alam.. 0129497683

Nutella cheese cake - no bake

Assalamualaikum..

hari ni nak update resepi ye...
sape nk resepi Nutella Cheese Cake yg famous tu.. tapi ni copy dari page sifu Azlina juga ye..
jom cekidout...



Resepi Nutella Cheese Cake by Azlina Ina

Bahan2 base dulu
20 hngga 25 keping oreo buang cream dulu
125 butter cair kan
Tumbuk2 oreo tu masuk butter cair ramas2 sket
Loyang loose tu balut dulu bahagian yg base boleh tanggal tu dgn plastik wrap baru letak
oreo yg dah ade butter td
Amik sutil aka sudip mak ko bg bengkok hahaa jgn bgtau die la ko diam2 je ok tekan2 bg
rata masuk peti beku 15 mnt
(Loyang loose ko beli rm16 je pakai smpai belumut xyah poyo sgt xmampu ko top up
mampu je lempang kang)
Ok sementara tu jom buat cream cheese cake die
250g cream cheese
3 hngga 4 sb gula ising
Mix sebati
Baru masukkn 1 cawan 1/2 whipping cream non dairy sejuk ade ais2 sket ye.. ape2 jenama
value pride ke vivo ke lenovo xboleh hehe ape2 yg non dairy boleh ok mix lg smpai kental
ketepikan ye bukan ketepi letak tepi ceduk masuk bekas masuk peti chiller jap
Ok 1 cawan whpping cream dairy sejuk +3sb gula ising
Mix smpai kental masa ni penting kalau ko rasa sakit perut tahap deqa atau nak kentut sekali
pon ko tahan bia bepeluh xpe jgn whipping ko cair balik nnt ko yg nangis hahaha
Ok jd ceduk campuran whipping yg kite simpan dalam peti td dalam whpping dairy yg
dah kental tu kaup balik rata smpai abis
1/4 cwn +2sb lg air panas+ 3sb gelatin tabur atas air panas bia die larut kacau2
#gelatin halal byk je kat pasaran halagel ade nona ade xde masalah
Ok masukkn dalam adunan cheese dan whipping2 yg telah bergabung meletup td ok
Kacau kaup balik rata2 bahagikan 2 bahagian
Ok nutella sebotol rm7.99 tu nnt nak guna abis tau beli ni kat 99 murah lepas ni smpai
 aku nak beli nutella abis siap korg hahaa
Ok 1 bahagian yg kite asingkan td letak 4sb nutella dan 1sk emolco coklat bg gelap
 warna dan bau coklat wangi kacau bg sebati
Ok letak adunan putih dan ratakan
Lepas tu letak adunan nutella plak dan ratakan letak chiller 2 jam
Ganace coklat die
1 cawan whipping cream dairy panaskan atas api slow
Ok masukkan 250g coklat masakan cincang kecik2
Dah larut semua masukkn 2 sb butter kacau matikan api sedikan gelatin nye
1/4 cawan air panas +1sb gelatin bia larut dan masukkn dalam adunan ganace td dan kacau
Boleh tuang di permukaan kek cheese kite td yg dah sejuk eh ok sejukkn semula semalaman
Orite sisip tepi loyang pakai pisau yg dicelup air panas dan keluarkan kek baru cantek…
ok alihkan kat board dan celup pisau ha sbb tu aku pakai parang mak haha panjang sket
 kebawah ulang smpai abis
 senang nak potong hahaa rata je ok dah celup air panas lap dan cepat2 potong sekali je
Okey lorek pakai nutella dan siap siap wuhuu g bgtau org kg yg ko dah pandai buat kek
taraf 5 bintang hahaa atau pon panggil tv3 soh masukn dalam rancangan 999 hahaha sekian


So macam biasa yang berminat nak order Nutella Cheese Cake ni boleh wsapp Finie 0129497683.. free delivery sekitar Shah Alam..
Harga RM90 (sori ye cheese mahal sekarang ni)



Wednesday, 13 May 2015

PROJEK DAPUR KECIL KU

Assalamualaikum...
Kali ni nak update pasal projek dapur kecilku. Dari buat table top sampai la kitchen cabinet..
Mula2 buat table top.. aku guna khidmat indon.. tp dia dh kahwin gn kawan makcikku.. so kira kenal la jgk.. Memang dh survey banyak tempat dh tp kira yg ni paling murah la..
Kosnya RM1360.. hanya table top semata-mata.. sinki, paip, dapur aku beli sendiri..
set dapur plak mmg dh survey jugak.. so aku beli jenama Rubine.. dapat harga RM1599 hod model Pepper2B, hoood plak model Lazio power 1300. ok la tu..
Sinki beli kt hardware CMM je RM188.. paip plak beli kt kedai siam je RM40. ok dah siap bab dapur..

Ni table top dalam progress..

Ni table top baru je siap.. abaikan si kecik yg excited tu..


Ni kitchen cabinet yg dah siap...tema purple gitu.. gambar penuh takde plak dlm hp ni..


ni rak kt dalam KC. budak ni sibuk je enterprem...




Friday, 14 November 2014

Mood : Rindu berblog

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak aktif blog ni.. mood nk menulis blog dah datang balik.. Create blog dulu hanya ada IZZ DANIAL HARITH.. sekarang dah bertambah izz sorang lagi.. IZZ DANISH IRFAN.. Tunggu la bila nak dapat gegirl plak.. at least boleh sambung mama dia berblog pasal kek ni..

Sekarang sibuk uruskan anak2 sambil kerja ofis fulltime... memang dah rindu nak buat kek betul2 mcm dulu tp masa tak mengizinkan.. google je gbr2 kek fondant yg cantik teringin sangat nak buat..

Al kisah masa berpantang kat kampung hari tu, sebelum balik shah alam mtk tolong husband kemaskan rumah.. Bila orang lelaki mengemas, habis semua barang2 kek di buangnya.. huhu sedih.. sekarang ni pun slow2 beli balik barang2 tu semua..

Lagi pun sekarang ni buat bisnes kecil-kecilan, bisnes online jual KAIN PASANG gn HANDBAG..
So sesape yang memang tengah mencari kain pasang cotton, kain sulam, kain biasa-biasa boleh la hubungi saya ye.. Handbag tu pun jual jgk, tp tak amik untung banyak pun.. just jual main2.. seronok berbisnes ni..

ok la stop dulu ye kali ni.. Nak cari info pasal kek nak update kat blog ni la.. so senang nak refer nanti..

babai..

NOOZLE

DECO

Tips dan penggunaan nozel dari Wilton

Round Decorating tips

Open Star Decorating Tips


Close Star Decorating Tips

Multi Opening Decorating Tips

Basketweave Decorating Tips

Leaf Decorating Tips

Ruffle Decorating Tips

Drop Flower Decorating Tips

Petal Decorating Tips


Left Handed Petal Tip Set



Left Handed Drop Flower Tip Set


Couplers


Using Couplers


Step 1
Tanggalkan ring daripada Coupler
Masukkan dalam piping bag hingga hujung
Tandakan bahagian yang hendak digunting
Step 2
Keluarkan coupler
Guntingkan bahagian yang telah ditandakan
Step 3
Masukkan semua coupler
Tolak coupler hingga ke hujung piping bag
Step 4
Masukkan nozel
Kemudian pasangkan atau skrukan semula ring pada coupler




Cara-cara mengisi krim dalam piping bag




Step 1
Pegang piping bag dengan tangan kiri
Kelepetkan bahagian mulutnya ke bawah dengan tangan kanan

Step 2
Dengan menggunakan spatula, masukkan cream ke dalam piping bag
Step 3
Keluarkan spatula dari bag dengan tangan kiri memegang spatula supaya krim masuk semuanya dan spatula keluar dari piping bag dengan keadaan bersih

    Step 4
    Tutup kemas piping bag dengan memulas hujungnya






Cara-cara memegang piping bag


 90 darjah : Kedudukan tegak
Biasanya digunakan untuk membuat corak bintang, bunga leper dan ros



45 darjah : Sendeng 
Menyendeng sedikit dengan 2 jari memegang hujung untuk control piping bag.
Biasanya digunakan untuk menulis, membuat border, kudup bunga atau lain-lain 

Kaedah memotong kek kepada kepingan

Beberapa kaedah untuk anda memotong kek kepada kepingan

  • Menggunakan alat khas untuk memotong
  • Menggunakan benang, tandakan dahulu dengan lidi
  • Menandakan bahagian yang hendak dipotong dengan lidi dan kemudian memotong dengan pisau
  • Menandakan atau memotong dahulu sekeliling bahagian kek ( anggaran 1 inc) yang hendak dipotong, kemudian potong perlahan-lahan mengikut tanda potongan yang telah di buat
Kaedah meletakkan krim dan melempa kek




Kaedah meletakkan garnache


  • Letakkan kek yang telah di salut krim atas redai. 
  • Pastikan kek yang bersalut krim itu telah di sejukkan sehingga krimnya mengeras terlebih dahulu.
  • Alas redai dengan loyang yang lebih besar supaya lebihan garnache akan jatuh ke dalamnya.
  • Tuangkan garnache atas kek, di tengah dahulu dan kemudian di tepi hingga ia mengalir dan menutupi keseluruhan kek
  • Hentak-hentakkan redai supaya garnache rata 

Kaedah mengalihkan kek dari redai ke atas lapik kek 


Sediakan 2 kek spade, satu yang besar tapaknya yang biasa digunakan untuk mengangkat slice cake dan satu lagi yang  digunakan untuk meratakan cream pada kek
 

Letakkan lapik kek berhampiran dengan loyang kek yang di letak kek berganache tadi
 

Masukkan atau selitkan ke dua-dua kek spade tadi di bawah kek, yang ni bergantung pada keselesaan yang mana spade nak diletakkan sebelah kanan atau kiri
 

Bila dah kukuh kedudukannya angkat kek perlahan-lahan dan rendah sahaja dan terus letakkan atas lapik kek



Angkat cake spade yang kecil dan dengan perlahan tarik keluar cake spade yang besar dari bawah kek


Letakkan rapat kek atas lapik kek dengan kemas, kemudian dengan perlahan tarik keluar kek spade yang kecil 

Kaedah memotong kek cara ita


Untuk mendapatkan potongan kek yang cantik, terutamanya untuk kek krim, berganache, berkeju atau mousse cake.Ita menggunakan 2 pisau di atas, anda tidak semestinya membeli pisau yang sama brand cukup sekadar sama dari segi bentuknya. Biasanya pisau bentuk bergini ada dijual di kedai jual bahan kek atau di pasaraya.

Ita lebih suka gunakan pisau yang halus sebelah kiri . Kerana permukaannya yang kurang geseran buatkan kek lebih cantik bila di potong.
Pisau harus tajam dan nipis.

Dalam gambar ini ita hanya menggunakan kek biasa. Tapi kaedah ini adalah untuk memotong kek yang ita senaraikan di atas.

  
1. Mula-mula kita panaskan pisau atas api. ( dalam gambar ita gunakan lilin, tapi sebaiknya anda panaskan atas dapur) jangan terlalu panas sampai merah pula pisau tu.. cukup sekadar menghangatkan mata pisau.


2. Letak pisau atas kek


3. Tekan pisau ke bawah


4. Jangan di sorong tarik pisau , tekan terus sampai bawah.

5. Bila dah capai dasar lapik kek baru tarik terus pisau keluar.

Pastikan anda mengelap mata pisau dengan tuala basah atau kitchen towel setiap kali hendak memotong potongan yang ke dua dan seterusnya.
Ini mengelakkan kek anda comot.

Dan setiap kali hendak memotong kepingan yang lain, mata pisau hendaklah di panaskan lagi, bergitulah seterusnya